Home » YADIM MADANI » Program memperkukuh penghayatan Aspirasi Malaysia Madani

Program memperkukuh penghayatan Aspirasi Malaysia Madani

YADIM Melaka dan Negeri Sembilan tidak ketinggalan menganjurkan program memperkukuh penghayatan Aspirasi Malaysia Madani di negeri tersebut.
Pada 4 Julai, telah dianjurkan Seminar Kenegaraan Madani bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka.
Seramai 200 siswa guru kampus tersebut menghadiri program ini.
Penolong Pengarah Kanan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan, Encik Haslizar Rozally dan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Muhammad Dzul Aiman Zulkefli telah hadir menyampaikan pengisian.
Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup pula merupakan penceramah untuk sesi petang program ini.
Semoga siswa guru yang terlibat menerima manfaat daripada program ini.

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *