SEREMBAN – Tiga mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan perjuangan dakwah penyebaran syiar Islam melalui latihan industri di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand.
Pelajar tahun akhir Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM itu memilih untuk menjalani latihan industri selama tiga bulan, 18 hari di bumi New Zealand bukan kerana mahu menimba pengalaman semata-mata, malah ingin menggalas tanggungjawab menyebarkan syiar Islam.
Ketiga-tiga mereka, Ahmad Iqbal Hadi, Muhammad Aiman dan Abdul Basit ditugaskan untuk mengajar al-Quran, menjadi imam solat berjemaah, menguruskan pelancong yang berkunjung ke masjid, memimpin khutbah Jumaat dan menjalankan aktiviti dakwah di Christchurch.
Menerusi perkongsian di laman TikTok @usimofficial, ketabahan ketiga-tiga pelajar tersebut dalam meneruskan latihan industri di negara orang patut dipuji dan dijadikan contoh untuk generasi akan datang.
“Semoga usaha murni ini mampu menjadi contoh buat anak muda di luar sana. Malah, warga USIM turut mendoakan agar amanah yang dipikul ini terlaksana dengan jayanya,” Katanya. KOSMO! ONLINE
KOMEN