Home » Langit Terbuka » Agamawan bukan malaikat jadi semua perlu tegas dalam soal amal makruf nahi mungkar

Agamawan bukan malaikat jadi semua perlu tegas dalam soal amal makruf nahi mungkar

Kuala Lumpur: Golongan agamawan wajib beramal segala ilmu agama yang dipelajari supaya tidak terjebak dengan maksiat khususnya liwat atau zina.

Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, bukan saja golongan itu tapi semua orang Islam perlu tegas dalam soal amal makruf nahi mungkar.

“Isu liwat bukan perkara baharu dalam Islam bahkan ia sudah dilaknat oleh Allah dalam al-Quran sejak Nabi Luth lagi. Maka tidak pelik perkara itu masih berlaku pada hari ini apatah lagi fitnah semakin banyak.

“Agamawan bukan malaikat. Mereka manusia biasa yang pasti tidak boleh lari daripada dugaan ini.”

Nasihat saya kepada semua, kita perlu tegas dalam amal makruf nahi mungkar. Jika ada maklumat mengenai perkara ini kita wajib melaporkan kepada pihak berwajib supaya gejala songsang ini dapat dihindarkan,” katanya kepada Harian Metro.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *