DALAM Kesibukan program dan melestari gerakan dakwah di Pulau Pinang, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah memenuhi undangan jemputan Ramah Mesra Bersama Komuniti Madani di Madrasah Uthmaniah, Jalan Rajawali, Bayan Lepas pada 20 April.
Dalam ucapannya ketika sesi ramah mesra, beliau menekankan kepentingan institusi pendidikan Islam dalam melestarikan gerakan dakwah.
Program ini turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Yang Berhormat Azrul Mahathir Aziz , Pengarah YADIM Pulau Pinang Ustaz Mohammad Fadzil Alias serta para pegawainya, wakil-wakil rakan badan bukan kerajaan Islam Pulau Pinang serta warga Madrasah Uthmaniah.
KOMEN