DALAM Usaha membangun tajdid dakwah yang berperanan, YADIM Perak telah memanafaatkan ruang menyempurnakan pidato dakwah di majlis Iftar Perdana anjuran Hidayah Centre Foundation Perak pada 12 Ramadan 1445 bersamaan hari Sabtu, 23 Mac.
Ringkasan pidatonya, Pengarah YADIM Perak, Ustaz Ramdani Abd Karim menukil kembali kisah sahabat Rasulullah di tahun pertama disyariatkan amalan berpuasa.
Ujarnya, kekuatan rohani dan keyakinan tinggi terhadap pensyariatan puasa menjadi titik tolak ibadah ini menjadi asuhan mendidik iman dan takwa. Tambahnya lagi, dakwah terangkat dengan kekuatan ilmu dan ia disebut lebih 700 kali di dalam Al Quran.
Maka kelangsungan ilmu jelas beliau, tidak hanya terbatas kepada sempadan dan sisi amal Islami bahkan ilmu yang menyeluruh.
Turut hadir menjayakan iftar ini adalah saudara baharu dalam kalangan mahasiswa, perseorangan di lapangan kerjaya pelbagai dan bukan Islam yang sudi bersama dalam majlis ini.
Teruskan sokongan anda kepada YADIM Perak.
KOMEN