IFTAR Perdana Rakan Siswa YADIM (RSY) Korea Selatan dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia Seoul telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Mac.
Majlis telah berlangsung dengan cukup meriah dihadiri lebih 100 orang tetamu daripada kalangan kakitangan kedutaan dan pelajar Malaysia di sana.
Program iftar ini julung kali diuruskan oleh RSY Korea Selatan dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia Seoul.
Majlis bermula dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pengerusi RSY Korea saudara Ahmad Najmi Muhamad Sade
disertakan dengan zikir petang sebelum berbuka puasa secara jamaie’
Antara aspek yang ditekankan dalam melatih mahasiswa melalui entiti Rakan Siswa YADIM adalah nilai kepimpinan dan pengurusan organisasi. Justeru penganjuran program ini merupakan satu lagi pengisian bermakna bagi membantu RSY mencungkil bakat kepimpinan mereka.
KOMEN