YADIM Kelantan telah menganjurkan Majlis Iftar Madani dengan kerjasama Surau Al Falah, Kampung Nara, Pasir Puteh pada 21 Mac.
Seramai 150 orang hadir ke program in. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah menyampaikan tazkirah ringkas dan seterusnya menyampaikan sumbangan bekalan makanan asas kepada 30 keluarga asnaf.
Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan ialah Pengarahnya, Ustaz Haji Mahadi Awang.
Turut hadir penasihat Surau Al Falah, Dato’ Haji Che Min Haji Che Ahmad. Program berakhir dengan solat Maghrib secara berjemaah.
KOMEN