Home » Citra Yadim » Program Jiwa Madani siri kedua

Program Jiwa Madani siri kedua

Program Jiwa Madani siri kedua hasil kerjasama YADIM Kelantan dan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan telah berlangsung pada 6 Mac.
Seperti siri pertama di Bachok, Program di Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Bunga, Jeli ini memberi penerangan berkaitan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (1) 2019.
Pencerahan mengenai isu berkenaan disampaikan oleh Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Haji Nik Saiful Adli Burhan, kepada hampir 30 orang Ahli Jawatankuasa Komuniti Madani seluruh daerah Jeli.
Ucapan perasmian program disampaikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md. Nor.
Hadir mewakili YADIM Kelantan adalah Penolong Pegawainya Aidi Kussuma Mamat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *