GOLONGAN Belia sudah pasti tidak dapat dipisahkan dengan sukan.
Sesuai dengan itu, dalam lawatan kerja ke Mesir ketika ini, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah
merasmikan Kejohanan Sukan SMASH anjuran oleh Persatuan Anak Negeri Johor di Mesir.
Sebanyak 20 pasukan beregu berentap dalam pertandingan badminton ini.
Progrma berlangsung di Kompleks Sukan Wafa El Amal, Samin, Kaherah.
Dalam ucapan ringkas perasmian, beliau menekankan aspek tumpuan dan fokus tinggi yang perlu ada dalam jiwa dan minda mahasiswa dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Semoga program ini dapat memupuk keakraban dan kerjasama di kalangan anak-anak Johor di Mesir.
KOMEN