LENSA Program ‘Talk With Profesor Mehmet Asutay’ anjuran Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM yang merupakan satu lagi siri perkongsian ilmiah YADIM dengan tokoh ilmuwan antarabangsa.
Dalam program pada 21 Februari itu, Pengarah Pusat Durham untuk Ekonomi dan Kewangan Islam, United Kingdom berkenaan telah meluangkan masa lebih sejam mengupas tajuk ‘Transformasi Minda Institusi Islam’.
Hampir 90 kakitangan YADIM, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia hadir ke majlis ilmu ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan turut meluangkan masa mengikuti program ini. Hadir sama ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup dan Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin.
KOMEN