KOMUNITI Penjara di Pulau Pinang tidak pernah dilupakan dalam usaha melestari gerakan dakwah.
Justeru pada 15 Februari, YADIM Pulau Pinang telah mengadakan program YADIM Bersamamu bersama kira-kira 100 penghuni Penjara Seberang Perai.
Pengisian bagi penghuni lelaki disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Zuhri Husain manakala bagi wanita pula oleh Pengarah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Pulau Pinang, Dr. Azura Abdullah.
Hadir bersama dalam program ini ialah Penolong Pegawai Unit Hal Ehwal Agama Penjara Seberang Perai, Ustaz Khairul Amri dan Encik Mohamad Akmal Suhaimi dari YADIM Pulau Pinang.
YADIM Pulau Pinang merancang mengadakan lebih banyak lagi program bersama penghuni penjara seperti ini selepas ini.
KOMEN