Home » YADIM MADANI » Sepakat Madani Bersama Komuniti di Pasir Mas

Sepakat Madani Bersama Komuniti di Pasir Mas

SIRI Kelima Sepakat Madani Bersama Komuniti telah berlangsung di Dewan Komuniti Tendong, Pasir Mas pada 3 Mac.
Program bermula dengan Bicara Minda bertajuk “Malaysia Madani Memupuk Masyarakat Sejahtera ” yang disampaikan oleh Duat Al Falah, Ustaz Haji Ab. Halim Harun.
Selesai Bicara Minda, program diteruskan dengan penyampaian bakul makanan sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada 30 asnaf yang dikenal pasti memerlukan.
Seramai 80 orang ahli komuniti Madani telah menghadiri program ini. Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.
Turut hadir ialah Pegawai Penerangan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan Ustaz Mat Wi Abdul Rahman, wakil Pengurus YAPEIM Negeri Kelantan, Encik Azman Zakaria dan pemimpin Komuniti setempat Puan Naziratul Aini Muhamad Sayuty.
Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, YADIM Negeri Kelantan, YAPEIM dan Duat Al Falah.
Siri sebelum ini telah diadakan di Parlimen Tumpat,Tanah Merah, Kubang Kerian dan Kota Bharu.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *