Home » Citra Yadim » Kunjung hormat YADIM ke pejabat Menteri Komunikasi

Kunjung hormat YADIM ke pejabat Menteri Komunikasi

BERTUJUAN Menambah baik serta meninjau peluang baru kerjasama dengan lebih meluas, YADIM pada 15 Januari telah mengadakan kunjung hormat kepada Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di pejabatnya di Putrajaya.
Dalam pertemuan itu, YADIM bukan sahaja mengambil peluang menerangkan gerak kerja dakwah badan ini, tetapi juga menyatakan hasrat bekerjasama dengan pihak kementerian dengan lebih luas lagi menerusi pelbagai pendekatan.
Antara yang dicadangkan termasuklah penglibatan daie YADIM di pelbagai platform milik Kementerian Komunikasi, bagi memperkasa penyebaran dakwah di negara ini.
Menyifatkan kunjungan YADIM sebagai tepat pada masanya, Yang Berhormat Ahmad Fahmi berkata pihaknya amat mengalu-alukan sebarang berntuk kerjasama yang boleh dijalin bersama.
Katanya dengan Ramadan yang bakal tiba, YADIM umpamanya boleh berperanan besar memberi pengisian kepada begitu banyak aktiviti seluruh negara.
“Perdana Menteri biasanya akan minta supaya dimanfaatkan penggunaan surau-surau di setiap kementerian. YADIM dengan barisan daie yang ada boleh adakan majlis ilmu dengan kerjasama kementerian.
”Malah kita boleh panjangkan ini untuk diadakan bukan sahaja ketika Ramadan,”ujarnya.
Hadir dalam pertemuan selama lebih sejam itu ialah Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj, Dr Fatimah Syarha Mohd Noordin dan Ketua pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Tidak ketinggalan ialah tokoh akademik yang banyak terlibat dengan program YADIM, Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail serta pegawai pakar bidang khusus YADIM, Dr Masitah Esa.
Dalam pada itu, turut dibangkitkan Yang Berhormat Ahmad Fahmi ialah keperluan mewujudkan asatizah daripada kalangan wanita khusus bagi interaksi dengan ibu-ibu muda.
Ujarnya, golongan asatizah wanita muda ini bukan sahaja boleh menyantuni kaum hawa, tetapi juga berpotensi memberi pencerahan dan pengisian kerohanian kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Sementara itu pada masa yang sama, YADIM juga membawa cadangan untuk bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dalam penganjuran Konvensyen Antarabangsa Melestari Pembangunan Dan Gerakan Dakwah Siri 2/2024 dengan tema “Strategi Dakwah Di Era Digitalisasi Masyarakat Malaysia Madani”.
Konvensyen ini dijangka akan diadakan pada Mac nanti di Universiti Multimedia.
Turut disentuh ialah cadangan kerjasama bagi tujuan penyelidikan
dan pembangunan “Garis Panduan Etika Aplikasi Media Sosial Berdasarkan Kerangka Malaysia Madani” oleh Kluster Media Digital Kreatif di bawah YADIM Research Management Centre (YRMC).
“Garis Panduan Etika Aplikasi Media Sosial Berdasarkan Kerangka Malaysia Madani”

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *