PRIHATIN Dengan nasib dan keadaan semasa komuniti setempat, Sukarelawan YADIM Kuala Selangor menyantuni dua penduduk uzur pada 13 Januari.
Ziarah kasih pertama ialah kepada seorang warga emas, Encik Hamid Ngadi berusia 64 tahun mengidap kanser usus di Tanjung Karang.
Encik Hamid bergantung kepada anak-anak selain bantuan pusat zakat untuk meneruskan kehidupan.
Turut diziarahi di Tanjung Karang ialah adik.
Mohammad Arief Firdaus Zamzuri yang terlibat dalam kemalangan motosikal baru baru ini.
Mohammad Arief patah pergelangan tangan selain cedera di dahi serta mulut serta terpaksa dijahit.
Kedua keluarga yang diziarahi menerima barangan dapur serta sedikit wang tunai untuk meringankan bebanan dan menceriakan mereka. Sumbangan disampaikan Pengerusi SAY Kuala Selangor, Puan Asmah Husain.
KOMEN