Home » Langit Terbuka » Konsep MADANI: PM kongsi pandangan dengan tokoh Islam Kuwait

Konsep MADANI: PM kongsi pandangan dengan tokoh Islam Kuwait

Foto ihsan Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi pandangan dengan tokoh pemikir Islam dari Kuwait, Syeikh Tareq Al-Suwaidan, mengenai konsep MADANI yang menekankan pendekatan berimbang dan komitmen memerangi penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pimpinan.

Pada pertemuan itu, hari ini, Perdana Menteri turut menyatakan pendirian dan usaha berterusan Malaysia untuk menegakkan keadilan di bumi Palestin.

Anwar berkata, Syeikh Tareq berada di Malaysia untuk menghadiri beberapa siri perkongsian ilmu, khususnya dalam bidang kepimpinan, perancangan strategik dan pengurusan.

“Saya turut menzahirkan penghargaan atas usaha Syeikh Tareq melalui mesej-mesej positif yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda. Terima kasih jua atas doa dan harapan Syeikh Tareq terhadap Malaysia.

“Semoga Malaysia dapat terus menyumbang kepada pembangunan umat dan membantu mengukuhkan kerjasama antara cendekiawan Muslim pada peringkat antarabangsa,” katanya dalam perkongsian melalui media sosial. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *