Home » Langit Terbuka » Gerakan Islam perlu kerja kuat – Anwar

Gerakan Islam perlu kerja kuat – Anwar

Anwar bersama-sama hadirin pada Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar Nahdah Ummah, malam tadi. - Foto Facebook

KUALA LUMPUR: Gerakan Islam perlu bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh dalam memberi pencerahan kepada umat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi catatan di Facebook hari ini berkata tatkala ilmu yang terbatas serta asakan pemikiran Barat yang kuat, gerakan ini perlu menumpukan pengisian dari sudut peningkatan kefahaman mendalam.

Perkara itu disampaikan Anwar pada Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar Nahdah Ummah bersempena Ijtimak Harakiy Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Putrajaya, malam tadi.

“Susulan cabaran semasa, nahdah atau kebangkitan dengan kesedaran dan pencerdasan, menjadikan ia tanggungjawab lebih berat. Kita harus bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh memberi pencerahan kepada umat,” katanya.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan di atas kehadiran senior aktivis sezaman dengannya yang setia dengan perjuangan gerakan dakwah, pelajar dan belia pada majlis itu, yang turut dihadiri isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar merupakan bekas Presiden ABIM. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *