Home » Langit Terbuka » Individu dakwa diri Imam Mahdi akan dipanggil Jakim – Mohd. Na’im

Individu dakwa diri Imam Mahdi akan dipanggil Jakim – Mohd. Na’im

Datuk Dr. Mohd. Na'im Mokhtar

PUTRAJAYA: Individu yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi di media sosial akan dipanggil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang memberitahu, ia bertujuan untuk memberi nasihat atas kenyataannya itu.

“Saya telah arahkan Jakim untuk memanggil dan memberi nasihat kepada individu tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular di media sosial berhubung kenyataan seorang lelaki yang dikenali sebagai Khairul Adha menyatakan dirinya sebagai Imam Mahdi yang dilantik oleh Allah SWT.

“Assalamualaikum, sebenarnya, aku lah Imam Mahdi yang dilantik oleh Allah SWT, aku boleh bukti kalau ‘u all’ nak tahu apa tugas aku dekat dunia Allah SWT ni, maaf lambat bagitahu siapa aku,” katanya dalam hantaran itu. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *