PERLUASAN Ejen dakwah Rakan Siswa YADIM (RSY) diteruskan lagi dengan Sesi Watikah dan Induksi RSY Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak, Miri.
Program ini telah diadakan di Dewan Ilmu kampus tersebut pada 11 November dengan seramai 20 pimpinan menerima watikah lantikan dalam majlis ini.
Sesi kali ini memberi penekanan berkaitan Plan Of Action (POA) bagi pergerakan RSY untuk merangka dan menyelaras program-program agar selaras dengan visi dan misi YADIM mengikut kerangka dasar Malaysia Madani.
Antara yang menjadi keutamaan pada sesi induksi ini adalah fungsi dan peranan RSY IPGK Sarawak bagi memastikan program-program yang dilaksanakan berimpak tinggi dan menjadi satu organisasi yang mampan dan mampu mempengaruhi kesatuan mahasiswa ke arah kebaikan dan kebajikan sosial dalam rangka kepelbagaian.
Sesi Watikah dan Induksi ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Jabatan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik, Dr Narawi Abu Bakar, merangkap Pengerusi Surau Darul Insyirah IPGK Sarawak dan Ketua Unit Kokurikulum, Encik Sanam Gumok.
Turut hadir ialah Pengarah Bahagian KEMUDA, Encik Shahrizal Mat dan Pengarah YADIM Sarawak, Encik Awang Dulhadi Awang Mat.
KOMEN