Home » Citra Yadim » YADIM Pulau Pinang: Program Sehari Bersama Komuniti Madani (SEBATI Madani)

YADIM Pulau Pinang: Program Sehari Bersama Komuniti Madani (SEBATI Madani)

YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang kampus induk telah mengadakan program Sehari Bersama Komuniti Madani (SEBATI Madani) pada 3 hingga 4 November bertempat di Masjid Al- Malik Khalid, USM.
Program dimulakan dengan Wacana Perlembagaan Malaysia Madani yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM,Tuan Muhammad Faisal Abdul Aziz sebelum diteruskan dengan Forum Isu-Isu Kenegaraan yang menampilkan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Tuan Ahmad Saparudin Yusup, Tuan Muhammad Faisal dan Ketua Exco Sukan dan Kesenian, Rakan Siswa YADIM, Saudara Mohamad Nazrin Mohd Jamil.
Selesai Forum Isu-Isu Kenegaraan, program diteruskan dengan TAQWA 3.0 yang dimulakan dengan bacaan Al-Mathurath dan seterusnya Ceramah Mahasiswa Madani yang oleh Pengerusi Benevolent Malaysia dan Mantan Presiden Majlis Belia Malaysia, Dr Jufitri Joha.
Keesokkannya, YADIM Pulau Pinang mengadakan Munajat Palestin dipimpin Naib Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022, Ustaz Umar Syazuli Mohd Tahir dan Kuliah Subuh Perdana yang disampaikan oleh Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2011, Ustaz Abdul Muhaimin Ahmad .
Program diakhiri dengan daurah kitab Hadith 40 Imam Nawawi yang disampaikan oleh Qismul Hadith Madrasah Miftahul Irfan, Maulana Osman Abdul Hakim Al-Ahashimiy.
Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohammad Shukri Osman.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *