YADIM Pahang telah menyertai rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri itu dalam menunjukkan solidariti terhadap Palestin.
Program anjuran Pejabat Menteri Besar di Jengka pada 27 Oktober itu antaranya disertai NGO seperti Salimi, Pakatan Amal Sejagat, Haluan Palestin dan Aman Palestin.
Lebih 2,000 peserta menyertai program ini.
Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda hadir dan turut berkesempatan menyampaikan ucapan menyeru agar lebih ramai terlibat menunjukkan solidariti terhadap saudara seagama di Palestin.
KOMEN