SEMINAR Kenegaraan Malaysia Madani di Perlis terus menerima sambutan sangat baik.
Siri terbaharu program tersebut berlangsung di Kolej Matrikulasi Perlis, Arau, pada 26 Oktober dengan kehadiran lebih 200 peserta.
Pengisian program disampaikan Encik Amirul Syahir Musa, menyampaikan tajuk ‘Malaysia Madani’ dan Encik Shamsul Bahar Abd. Rani dengan tajuk ‘Islam dalam Perlembagaan’.
Kolej Matrikulasi Perlis diwakili oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajarnya, Encik Mohd Jorasmin Mat Isa.
Seminar Kenegaraan Malaysia Madani di Kolej Matrikulasi Perlis ini merupakan siri kedua di Perlis selepas program yang sama dianjurkan dengan Jabatan Pendidikan sebelum ini.
KOMEN