SEBANYAK 40 badan bukan kerajaan terlibat membantu menyumbang barangan bantuan untuk i berjumlah RM7 juta dengan RM2 juta daripadanya berbentuk ubat-ubatan dalam misi #OpsIhsan.
Turut sama menyumbang ialah agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naím Haji Mokhtar.
Simbolik serahan telah diadakan di MAPIM Central Warehouse, Dengkil pada 23 Oktober.
Penerbangan pertama untuk sumbangan ini dijangka berlepas pada 27 Oktober ini.
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin hadir sama ke program ini bersama ketua-ketua agensi yang lain.
KOMEN