Home » Langit Terbuka » 3 notis tata tindak AS bukti suara Malaysia diperhati kuasa besar dunia – ABIM

3 notis tata tindak AS bukti suara Malaysia diperhati kuasa besar dunia – ABIM

Anwar ketika Perhimpunan Malaysia Bersama Rakyat Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil. - NSTP

KUALA LUMPUR: Tiga notis tata tindak diterima Malaysia daripada Amerika Syarikat (AS) membuktikan keberadaan suara rakyat dan kerajaan negara ini dalam mempertahankan hak asasi warga Palestin mendapat perhatian kuasa besar dunia.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, sekali gus menggesa dukungan sepenuhnya diberikan kepada kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memperjuangkan isu Palestin di pentas antarabangsa.

Malah, beliau berkata krisis kemanusiaan berlaku di Palestin menuntut seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama terus berjuang melangkaui batas perbezaan pendirian politik, latar agama serta bangsa.

“ABIM memandang berat kenyataan dimaklumkan Perdana Menteri ketika sidang Dewan Rakyat hari ini bahawa Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada AS menerusi kedutaannya kerana enggan menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

“Berdasarkan tindakan ini, ia jelas menunjukkan keberadaan suara rakyat dan kerajaan Malaysia dalam mempertahankan hak asasi warga Palestin sudah mendapat perhatian daripada kuasa besar dunia,” katanya.

Terdahulu BH melaporkan, Anwar mendedahkan Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan AS kerana keengganan negara menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *