Home » Citra Yadim » SEMINAR Kebangsaan Peradaban Islam Dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) di UPM

SEMINAR Kebangsaan Peradaban Islam Dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) di UPM

SEMINAR Kebangsaan Peradaban Islam Dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) kini memasuki siri ketiganya selepas Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menjadi tuan rumah pada 11 Oktober melangsungkannya dengan jaya.
Anjuran bersama YADIM dan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia UPM dengan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM, Pusat Islam UPM dan Rakan Siswa YADIM (RSY) UPM, ia berjaya menarik kehadiran lebih 200 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan universiti berkenaan.
Menariknya, dengan tema ‘‘Kelestarian Silang Budaya ke arah Pengukuhan Malaysia Madani’ ia disertai oleh peserta dengan pelbagai latar belakang termasuk yang bukan Muslim dan pelajar antarabangsa.
Objektif program ini adalah meningkatkan pengetahuan dan penghayatan konsep silang budaya dalam kalangan belia dan masyarakat serta menyebarluas makna, tujuan dan nilai silang budaya agar dapat difahami dan dihayati oleh belia dan masyarakat.
Pada masa yang sama ia juga bertujuan membangunkan lembaran fakta berkaitan silang budaya yang boleh dimanfaatkan oleh para belia dan masyarakat serta mengukuhkan hubungan dengan rakan strategik YADIM-UPM dalam penganjuran program dakwah kemasyarakatan.
Program dimulakan dengan Wacana Tokoh bertajuk ’Masyarakat Madani dan Silang Budaya daripada Perspektif Ibnu Khaldun’ menampilkan dua pakar dari Institut Islam Hadhari, Prof. Dr. Zaid Ahmad (Felo Penyelidik Utama) sebagai penceramah dan Dr. Shamsul Azhar Yahya (Felo Penyelidik) sebagai moderator.
Ia kemudiannya diteruskan dengan sesi forum dengan tajuk ’Kelestarian Silang Budaya ke arah Pengukuhan Malaysia Madani’.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM, Datuk Dr. Harlina Halizah Haji Siraj, Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Prof. Datuk Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan wakil Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Novel Lyndon sebagai ahli panel manakala mediawan, Tuan Sayed Munawar Syed Mustar pula sebagai moderator.
Perasmian program selepas itu disempurnakan oleh ALPA YADIM, Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain.
Turut diadakan dalam majlis perasmian ialah pelancaran Kelab Rakan Siswa YADIM UPM serta penyampaian watikah pelantikan kepada pimpinannya.
Pada sebelah petang pula diadakan pembentangan sebanyak 32 kertas kerja daripada pelbagai ahli akademik dari seluruh negara.
Hadir sama ke program ini ialah Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM, Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, Pengarah Bersama Program, Prof. Madya Dr. Adlina Ab Halim dari Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan UPM, Pegawai Pakar Bidang Khusus YADIM, Dr. Masitah Esa, Pengarah WAZAN, Prof. Madya Dr Mohd Daud Awang dan kepimpinan lain UPM serta YADIM.
Program seminar ini juga adalah hasil daripada memorandum persefahaman antara UPM dan YADIM pada tahun 2020 bagi bekerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya akademik.
SPIKEM seterusnya akan diadakan pada 18 Oktober di UiTM Shah Alam.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *