Home » Citra Yadim » Sembang Harmoni Minggu Mesra Mahasiswa UTM

Sembang Harmoni Minggu Mesra Mahasiswa UTM

SEMBANG Harmoni Minggu Mesra Mahasiswa merupakan sebuah program tahunan sempena Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
Memasuki tahun ke 9 kali ini, YADIM Johor terlibat sama menerusi penganjuran sebuah forum bertajuk ’ Mahasiswa Membangun Malaysia Madani’ yang menerima penyertaan sangat baik apabila 3,500 pelajar termasuk yang bukan Muslim memenuhi Dewan Sultan Ismail, lokasi program berlangsung.
Pengarah YADIM Johor, Encik Muhamad Ammar Abdullah merupakan ahli panel program bersama Pensyarah Kanan UTM, Dr Gobi Krishna A/L Sinniah dan Dr Gabriel Ling Hoh Teck.
Tokoh mualaf, Dr Jaysuman Pusspanathan pula berperanan selaku moderator.
Bertujuan menanamkan kefahaman mahasiswa berhubung peranan mereka membangun negara Malaysia Madani, ia menerima respon sangat baik daripada para peserta khususnya ketika sesi soal jawab.
YADIM Johor akan terus terlibat lagi dengan program keharmonian dan kenegaraan seperti ini, khususnya di institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan lagi penghayatan Aspirasi Malaysia Madani.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *