BANJIR yang melanda beberapa kampung sekitar daerah Baling, Kedah Rabu lalu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang berlaku Julai tahun lalu.
Salah seorang mangsa kejadian, Mashitah Ahmad, 49 memaklumkan, air hujan terlalu deras hingga menghanyutkan kayu balak ke hadapan rumahnya.
Pengusaha madu kelulut itu memberitahu, mereka sekeluarga bergegas naik ke bahagian atas rumah untuk menyelamatkan diri ketika ketika kejadian tersebut.
Prihatin dengan nasib mangsa-mangsa kejadian, YADIM Kedah dan Perlis meneruskan misi turun padang pada 2 Oktober untuk menyantuni penduduk Kampung Iboi di daerah berkenaan.
Sebanyak 70 pek makanan tengahari disedia dan diedarkan YADIM Kedah dan Perlis bersama 10 orang Sukarelawan YADIM Baling dan Sungai Petani.
Pengerusi SAY Baling, Abu Hassan Musa dan Pengerusi SAY Sungai Petani, Basor Harun antara yang turun padang dalam program ini.
Sebelum ini pada 28 hingga 30 September, YADIM telah mengadakan program Cuci-Cuci dan mengagihkan makanan di Kampung Hangus dan Kampung Jerai Kupang, Baling.
KOMEN