Home » Citra Yadim » Ziarah Kasih SMIDAH, Sandakan oleh YADIM

Ziarah Kasih SMIDAH, Sandakan oleh YADIM

LENSA Ziarah Kasih Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hassanah (SMIDAH), Sandakan oleh YADIM pada 1 September.
YADIM diketuai Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dalam kunjungan ini menyantuni lebih 60 pelajar yang terlibat.
Beliau menyampaikan tazkirah dan motivasi kepada para pelajar SMIDAH dalam program ringkas tetapi bermakna ini.
Antara yang disentuh ialah tentang betapa bertuahnya para pelajar SMIDAH yang terpilih ini mendalami Al Quran. Datuk Hasanuddin juga mengambil beberapa contoh pengajaran dalam sejarah Islam.
Tidak dilupakan, beliau menekankan kepentingan untuk hormat dan memuliakan ibubapa.
YADIM turut menyumbang RM1,000 untuk SMIDAH melaksanakan programnya dalam kunjungan ini.
Hadir sama ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah Dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup, Pengarah YADIM Sabah, Ustaz Ramlee Daud serta Pengasas SMIDAH, Ustaz Azihal Bangsawan.
SMIDAH di Sandakan mempunyai lebih 100 pelajar yang menggabungkan pendidikan tahfiz dan silibus Kementerian Pelajaran.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *