SIJANGKANG – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat meneruskan misinya setiap Jumaat mengagihkan makanan bermasak.
Kali ini pada 4 Ogos mereka menyantuni 10 keluarga mualaf Orang Asli di Kampung Sungai Judah, Pulau Carey.
Selain makanan, mereka turut menerima barangan keperluan dapur dan sedikit sumbangan wang tunai.
Walaupun sekadar sumbangan kecil, namun tanda ingatan kepada penduduk kampung tersebut yang lebih dihargai mereka.
Terdahulu, 30 orang anak yatim di Asrama Anak Yatim Sijangkang turut menerima agihan makanan bermasak daripada SAY Kuala Langat.
Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin turun padang menyampaikan sumbangan ini.
KOMEN