YADIM Johor bersama rakan strategik Waqaf Annur Corporation, MACMA Cawangan Johor dan PERKIM Cawangan Johor diberi peluang menyusun program sempena program silang budaya Malaysia Hong Kong anjuran Southern University College pada 15 Jun.
Ia bertujuan menghilangkan salah faham berkenaan Islam dan menyampaikan keindahan agama ini.
Seramai 51 pelajar bukan Muslim berbangsa Cina menyertai program ini bersama lima pegawai pengiring. Mereka dibawa melawat Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn yang merupakan Masjid Pelancongan di bawah seliaan Waqaf Annur Corporation.
Di lokasi program para peserta diberikan penerangan berkaitan sejarah masjid dan seni bina. Sukarelawan Pendakwah Bahasa Cina, Ustaz Mohd Ridhuan Tan Abdullah yang juga Eksekutif Waqaf Annur memberikan penerangan berkaitan solat dalam Islam dalam program ini. Para peserta juga dibawa melawat Islamic Informatian Centre yang mengandungi maklumat berkaitan Islam.
Seterusnya, para peserta mendengar syarahan bertajuk ‘Ketamadunan Islam dan Sains’ yang disampaikan oleh Presiden MACMA, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Hun Yin. Para peserta juga menyertai kuiz di akhir syarahan dan menerima hadiah sumbangan pihak Al-Ikhlas.
Pihak Southern College diwakili Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Dr Tan Meng Zheng. Hadir bersama ialah Pengarah YADIM Johor, Ustaz Muhamad Ammar Abdullah, Ketua Pegawai Operasi Waqaf Annur,Tuan Haji Mohd Bahrin Bakri, Pengerusi MACMA Cawangan Johor, Tuan Haji Saiful Choo  Abdullah dan Pegawai PERKIM Johor, Ustaz Ghazali.
KOMEN