TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya.
Itu antara cadangan kerjasama daripada i Quest Training & Consultant yang mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus pada 26 Mei.
Takwim Islam bukan sekadar kalendar, malah mampu menjadi panduan ibadah serta membantu dalam pengurusan kehidupan manusia.
Selain takwim, cadangan kerjasama itu juga termasuklah meliputi modul latihan untuk golongan belia YADIM serta pelatih Akademi Daie Muda YADIM.
i Quest Training diwakili Pengasasnya, Dr Mil Hazil Azran Ramli dan kakitangannya.
Sama sama kita menyokong dan membantu satu sama lain dalam menaikkan syiar Islam dan dakwah di negara ini.
KOMEN