KUALA LUMPUR – Suami tidak boleh memukul wajah isteri walaupun terjadi perselisihan yang dahsyat kerana hukumnya haram.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi ciapan di Twitter pada Isnin berkata, di alam perkahwinan, seorang suami tidak boleh memukul isteri.
Menurut perkongsian tersebut, suami hanya boleh memukul isteri sebagai alternatif terakhir bagi tujuan mendidik dan tidak membawa kecederaan.
“Pukulan adalah untuk isteri yang nusyuz sahaja. Seorang suami perlulah menasihati isteri terlebih dahulu sebelum memisahkan tempat tidur.
“Jika tidak dihiraukan dah terakhir baharulah pukul jika isteri masih derhaka kepada suami,” kata ciapan tersebut.
Jawi menjelaskan, hanya pukulan ringan dibenarkan yang bertujuan memperbaiki hubungan.
” Tujuannya mendidik, bukan pukulan keras hingga membuat isteri takut dan lari daripada suami, ” jelasnya.
KOMEN