Home » Langit Terbuka » Ilmuan Islam tersohor, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia

Ilmuan Islam tersohor, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia

Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, 80, menghela nafas terakhir jam 2.27 pada 23 Februari. - Foto Alkhudri.com

KUALA LUMPUR: Ilmuan Islam terkemuka tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, 80, meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menghela nafas terakhir jam 2.27 pagi hari ini.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi (Sungai Tangkas).

Allahyarham sebelum ini menjalani siri prosedur perubatan dan dilapor mengalami komplikasi sebelum meninggal dunia.

Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal dilantik sebagai Pengerusi IKIM pada 24 Februari 2022.

Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1942 di Pasir Mas, Kelantan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Malaya pada tahun 1965, sebelum menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Columbia University, New York pada tahun 1975.

Allahyarham juga pernah menerajui Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai Rektor pada tahun 1999 sehingga 2006.

Beliau turut berperanan sebagai Pengerusi, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), sebuah lembaga yang ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja. -AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *