BATU PAHAT – Buat julung kalinya, lima Institut Pendidikan Guru (IPG) berhimpun bagi program penggerak Rakan Siswa YADIM (RSY) untuk Zon Selatan di sini.
Para peserta dan pelapis kepimpinan RSY dalam program pemantapan peringkat zon di IPG Tun Hussein Onn di sini, memfokuskan kepada jati diri, kepimpinan dan kerohanian sekali gus melengkapi hasrat pembangunan sahsiah dan moral bakal-bakal guru IPG – Kementerian Pendidikan Malaysia
Watikah kepimpinan RSY juga telah diberikan kepada peserta bagi menggerakkan RSY dan program dakwah di IPG masing-masing.
Sesi penyerahan watikah tersebut dihadiri oleh En Jamhari B. Saari Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Insaniah (PHEP-IPGM), Ustaz Khairul Anwar Abu Bakar KJ JAPIM IPG Tun Hussien Onn serta wakil² wakil Pensyarah daripada IPG Kampus Raja Melewar, Kampus Perempuan Melayu, Kampus Temenggong Ibrahim dan Kampus Teknik Nilai.
Manakala daripada YADIM pula dihadiri Ecikn Shahrizal Mat Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dan Encik Saifullah Baiduri Penolong Pengarah KEMUDA YADIM (Ketua Unit Politeknik dan IPG).
YADIM melalui Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) berharap kesemua peserta dan IPG yang terlibat dapat memberi sumbangan yang baik serta menggerakkan usaha dakwah yang berterusan kepada masyarakat.
Program pemantapan sebegini juga akan diteruskan di peringkat zon IPG yang lain Insya – Allah.
KOMEN