Home » Kenyataan Media » YADIM Terima Sijil Audit Bersih Kewangan Empat Tahun Berturut Turut

YADIM Terima Sijil Audit Bersih Kewangan Empat Tahun Berturut Turut

PUTRAJAYA – YADIM selaku agensi peneraju gerakan dakwah di negara ini komited untuk melestari gerakan dakwah dengan telus dan menjadi contoh dalam melaksanaan urus tadbir agensi agama.

Alhamdulillah hasil gerak kerja sedemikian, badan dakwah ini telah dianugerahkan sijil bersih penyata kewangan bagi tahun 2021 pada 29 September. Ini merupakan kali keempat berturut turut YADIM menerima audit penyata kewangan bersih sejak 2018.

Sijil berkenaan diserahkan oleh wakil daripada Atarek Kamil Ibrahim & Co, Tuan Muhammad Firdaus Tuan Omar kepada Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad.

Hasil audit daripada Atarek Kamil Ibrahim & Co itu mendapati penyata kewangan kedudukan kumpulan, penyata pendapatan komprehensif, penyata perubahan dalam ekuiti dan penyata aliran tunai, nota nota penyata kewangan termasuk ringkasan dasar perakaunan memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan kumpulan dan yayasan pada 31 Disember 2021.

Prestasi kewangan dan aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut juga menurut piawaian Laporan Entiti Persendirian Malaysia (MPERS) dan keperluan Ordinan Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 di Malaysia.

Datuk Haji Idris sebelum acara penyerahan berkata, beliau cukup memberi perhatian dalam sebarang urusan melibatkan kewangan dalam agensi di bawahnya.

“Audit ini ada kaitan dengan muhasabah, ada sifat ihsan, amanah, jujur, ada integriti dalam gerak kerja kita melaksanakan tugas.

“Disebabkan adanya konsep ihsan, kita tidak melakukan perkara yang menyeleweng pada perkara yang diamanahkan kepada kita. Saya cukup gembira kerana pengurusan YADIM bersifat professional dalam perkara ini, tahniah atas penganugerahan sijil bersih ini,” ujar beliau.

 

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *