Home » Citra Yadim » Bengkel Literasi Peranan Masyarakat Dalam Proses Pemantauan Hak Manusia Zon Utara.

Bengkel Literasi Peranan Masyarakat Dalam Proses Pemantauan Hak Manusia Zon Utara.

KEPALA BATAS – YADIM Pulau Pinang dan Kluster Hak Asasi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) telah menganjurkan Bengkel Literasi Peranan Masyarakat Dalam Proses Pemantauan Hak Manusia Zon Utara pada 12 September di sini.

Program ini diadakan dengan kerjasama Malaysian Alliance of Civil Society Organisations In The UPR Process (MACSA) dan Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa (WAFIQ).

Ia dirasmian oleh Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato Seri’ Wan Salim Wan Mohd Nor.

Turut hadir serta pada program ini Ketua Polis Pulau Pinang, Komisioner Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain, Ketua Polis Timur Laut, ACP Soffian Santong, Ketua Polis Barat Daya, Supritendan Kamal Rizal Jenal, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Pulau Pinang, Dr Azura Abdullah dan Ustaz Norzli Mat selaku Pegawai Tadbir Agama Butterworth.

Keseluruhannya, seramai 93 peserta menyertai program ini.

Ketua Kluster Hak Asasi Manusia MAIM Lukman Sheriff dan Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar juga dari MAIM merupakan pembentang bagi program ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *