Home » Langit Terbuka » ‘Media Barat tutup aib kekejaman Israel’

‘Media Barat tutup aib kekejaman Israel’

Kanak-kanak dan wanita antara golongan yang sepatutnya diberikan perlindungan apabila berlakunya peperangan, namun sebaliknya berlaku di negara Palestin. - Foto Arkib

Pernahkah anda terfikir atau mencari berita yang 100 peratus objektif dan tidak bias? Atau pada hemat anda, berita yang ‘credible’ pantang bias.

Persoalannya, masih adakah media cetak atau media elektronik di dunia ini bebas daripada bias?

Jawapan kepada soalan tersebut pastinya 99.9 peratus tiada, waima agensi berita antarabangsa berkaliber sekali pun tidak dapat lari daripada bias sama ada secara sedar ataupun sebaliknya.

Realiti dunia media bukan cerminan disiplin ilmu komunikasi di menara gading.

Harus, mengapa media berat sebelah atau bias? Ketahuan natijahnya buruk kalau pun tidak tercela dari sudut disiplin ilmu, lantaran masih diamalkan? Pada hemat penulis, ada empat sebab utama kenapa berita itu atau media itu bias. Sebabnya kerana propaganda, menyerang, melindungi dan wang ringgit.

Juga harus diingat, tidak semua bias itu buruk. Sebagai contoh, agensi berita Barat tiada terma ‘Rejim Zionis’, namun ia biasa digunakan oleh akhbar bahasa Melayu apabila melaporkan tentang krisis Israel-Palestin yang sumbernya tentu terjemahan agensi berita antarabangsa.

Carilah perkataan Zionist Regime dalam agensi berita AFP, AP atau Reuters kalau ada.

Begitu juga Hamas dan pejuang Palestin lain, semuanya dilabel militan jauh sekali pejuang dan terma seumpamanya. Namun, apabila anda membaca berita bahasa Melayu jarang anda baca perkataan militan Hamas atau militan Palestin.

Sama juga dengan kumpulan pejuang Islam lain semuanya tergolong kategori penjihad ‘jihadist’ lantas tajuk berita Jihadist kill …. Jikalau anda biasa membaca berita Inggeris mengenai negara Islam, anda tentu juga biasa dengan perkataan ini, hardliners untuk menjelaskan tentang kelompok orang Islam yang mempertahankan syariat dilabel keras kepala dan lapuk.

Bukan berita luar negara itu salah tentang fakta. Faktanya betul, tetapi kebenarannya sudah dikaburkan. Fakta dan kebenaran adalah dua perkara yang berbeza.

Perkara tersebut sudah lama dilakukan oleh media Barat yang seboleh-bolehnya tidak mahu menjaja kepada dunia tentang kekejaman Israel atau menceritakan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Palestin.

Walaupun faktanya tidak bercanggah, rutin penceritaan konflik Palestin-Israel oleh media Barat adalah Israel bertindak untuk melindungi atau membalas serangan pejuang Palestin, manakala Israel ‘never the aggressor’.

Lantaran, perbuatan editor menokok tambah atau mengubah sesuatu daripada teks asal itu sebagai sokongan jelas kepada perjuangan Palestin dan ia bias. Adakah ia buruk? Terpulang.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *