KEBUN BHARU – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 19 Jun telah menerima kunjungan Kelab Bola Jaring Dewan Undangan Negeri Sijangkang yang diketuai oleh Cik Norazizah Fadli.
Dalam pertemuan ini, kelab tersebut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan SAY Kuala Langat dalam program program menyantuni masyarakat khususnya di daerah ini.
Tertarik dengan usaha proaktif SAY Kuala Langat yang konsisten bersama masyarakat yang memerlukan, kelab tersebut menyatakan hasrat dan komitmen untuk kedua pertubuhan ini sama sama turun padang kelak untuk bersama masyarakat.
Sebelum ini, SAY Kuala Langat telah bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti usahawan makanan sunnah, pengusaha sayuran dan pemilik restoran untuk menyantuni rakyat.
Ahli ahli kelab bola jarring ini kemudiannya dibawa ke Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang untuk program bersama penghuni rumah perlindungan ini.
Dalam program ringkas tersebut, para penghuni rumah berkenaan telah menerima sedikit sumbangan wang tunai bagi menceriakan mereka.
Pada hari yang sama juga, SAY Kuala Langat menziarahi seorang ahlinya, Yusof Kasim yang kini uzur akibat masalah sendi dan menderita penyakit kulit di sini.
Kunjungan ini dihadiri oleh Pengerusinya Hasmawi Mahidin, Setiausaha Kerja, Hanizah Sumiri, serta ahli jawatankuasanya, Rasid Yusof, Zaleha Mokhtarom, Toyimah Siron, Jumanah Surip, Saniah Konchong, Norhayati Dukeeran dan Rahim Badar.
KOMEN