Home » Citra Yadim » Majlis Khatam, Iftar Perdana dan Penyerahan Watikah RSY

Majlis Khatam, Iftar Perdana dan Penyerahan Watikah RSY

BANGI – Ramadan ini terus diisi Rakan Siswa YADIM (RSY) dengan pelbagai pengisian bermanfaat.

Bertempat di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam di sini pada 21 April telah diadakan sesi khatam Al-Quran, Penyerahan Watikah kepada Pimpinan RSY dan Penasihat RSY serta penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang diadakansepanjang Ramadan.

Penyerahan watikah perlantikan RSY dan penasihat RSY ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Shahrizal Mat.

Hadir bersama bagi menyempurnakan majlis ini ialah Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi, Dr Abdul Rahman b. Abdullah, timbalannya, Dr Norsita Ali, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Dr Paharudin Arbain, Penolong Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Dr Khairul Anuar Abu Othman, Pengerusi Pusat Islam IPG Kampus Pendidikan Islam, Dr Jefridin Pilus serta Ketua Unit IPG dan Politeknik YADIM, Saifullah Baiduri.

Sepanjang Ramadan ini, kampus ini telah menganjurkan pelbagai program antaranya pertandingan Dai’e Ramadan, tadarus, dakwah lapangan, kuiz Ramadan dan banyak lagi.

Semoga melalui program sebegini dapat menyuntik dan mendidik jiwa dan diri para pelajar untuk menjadi insan dan bakal guru yang boleh berdakwah dan membawa kebaikan kepada masyarakat kelak.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *