Home » Langit Terbuka » Bakar Al-Quran di Sweden, Rasmus Paludan dalang di sebalik rusuhan

Bakar Al-Quran di Sweden, Rasmus Paludan dalang di sebalik rusuhan

Rusuhan ganas meletus di bandar Orebro tengah Sweden pada hari Jumaat ketika penunjuk perasaan balas menyerang polis sebelum demonstrasi yang dirancang. - Tangkap layar Al-Jazeera
AHLI politik Denmark-Sweden yang juga pemimpin kumpulan antipendatang dan anti-Islam Hard Line, Rasmus Paludan mula mendapat perhatian umum pada 2017 apabila dia mula membuat video YouTube anti-Muslim.
Paludan mewajarkan aksinya di Denmark – seperti membakar kitab suci umat Islam, adakalanya dibungkus dengan daging – kononnya sebagai penghormatan kepada hak kebebasan bersuara.
Kali ini nama Paludan disebut dan dikaitkan lagi dengan insiden membakar naskah Al-Quran yang berlaku di Sweden yang kini telah mencederakan sekurang-kurangnya 40 orang ketika polis negara itu berusaha mendapatkan lebih banyak tenaga untuk menangani keganasan itu.
Kerja keji dan terkutuk membakar Al-Quran itu dilakukan bertujuan untuk meningkatkan sokongan menjelang pilihan raya Denmark pada bulan September.
Paludan yang mengisytiharkan ‘lawatan’ ke Sweden juga merancang untuk melawat bandar dan pekan dengan populasi Islam yang besar dengan niat membakar naskhah al-Quran semasa bulan suci Ramadan.
Rusuhan ganas meletus di bandar Orebro tengah Sweden pada Jumaat ketika penunjuk perasaan bertindak balas menyerang polis sebelum satu demonstrasi.
Polis berkata empat kereta polis telah dibakar dan sekurang-kurangnya empat pegawai dan seorang orang awam cedera. Penunjuk perasaan turut membaling batu, menyerbu kedudukan polis dan merobohkan penghadang.
Media tempatan juga melaporkan pertempuran di pinggir bandar Stockholm di Rinkeby selepas Paludan membakar naskhah al-Quran pada hari Jumaat.
Pada Ahad, polis berkata sekurang-kurangnya 34 orang telah ditangkap di Linkoping dan Norrkoping selepas kira-kira 150 penunjuk perasaan membaling batu ke arah pegawai dan membakar kenderaan.
Anders Thornberg, Ketua Polis Sweden, berkata dia tidak pernah melihat rusuhan ganas seperti itu.
Pergolakan di Norrkoping berlaku selepas Paludan berkata beliau merancang untuk mengadakan perhimpunan di sana tetapi tidak pernah muncul. Tiga orang dilaporkan cedera akibat tembakan dan polis di Norrkoping berkata pegawainya “melepaskan beberapa tembakan amaran” selepas diserang.
“Tiga orang cedera dan kini dirawat di hospital,” kata polis dalam satu kenyataan.
“Ketiga-tiga yang cedera telah ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan jenayah.”
Kembali kepada Paludan– yang bapanya warga Sweden – dia pernah dijatuhi hukuman penjara 14 hari pada 2019 kerana ucapan perkauman di Denmark.
Setahun kemudian, dia berdepan hukuman sebulan penjara selepas didapati bersalah atas 14 pertuduhan berbeza berkaitan perkauman, fitnah dan pemanduan berbahaya.
Hard Line, atau Stram Kurs dalam bahasa Sweden, gagal memenangi satu kerusi pun dalam pilihan raya kebangsaan Denmark yang lalu pada 2019.
Kini Paludan merancang untuk bertanding semula pada undian Jun 2023, tetapi dia dilaporkan tidak mempunyai bilangan tandatangan yang diperlukan untuk mendapatkannya pencalonan. – Astro Awani

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *