Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat terus prihatin

SAY Kuala Langat terus prihatin

SIJANGKANG – Aktiviti terbaharu Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat menyaksikan pasukan ini menyampaikan sumbangan makanan bermasak kepada 25 keluarga di sekitar mukim ini pada 25 Februari.

Para penerima di sekitar Kampung Sijangkang, Kampung Medan dan Kampung Kebun Bharu terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan warga emas.

Program ini adalah rutin pasukan ini yang mana mereka menyantuni golongan yang memerlukan setiap Jumaat.

Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya, Malik Zin turun padang kali ini menyampaikan bantuan berkenaan.

Para penerima mengucapkan syukur atas ingatan SAY Kuala Langat pada mereka.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *