KOTA BHARU – Sebagai usaha mengimarahkan masjid dan menarik jemaah menunaikan solat subuh berjemaah, YADIM Kelantan bersama Ahli Jawatankuasa Surau Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu dan Sukarelawan YADIM (SAY) Kota Bharu  pada 25 Februari telah mengadakan program Barokah Subuh.
Antara pengisian program ini adalah kuliah subuh khas selepas menunaikan solat fardu berkenaan secara berjemaah.
Ia telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hazir Che Hasim daripada Maahad Pengajian Islam Kota Bharu. Selesai kuliah Subuh, diadakan jamuan makan pagi bagi meraikan ahli jemaah yang hadir.
Bagi meraikan kanak-kanak yang turut hadir solat berjemaah, ahli jawatankuasa surau memberikan saguhati kepada setiap mereka yang hadir.
Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan adalah Penolong Pengarahnya Aidi Kussuma Mamat. Turut hadir Ketua SAY Kota Bharu, Ustaz Raja Mohd Hakkam Raja Omar dan Penolong Setiausaha Kanan Pejabat Sekreteriat Muafakat Komuniti PPR Kota Bharu Puan Nor Ilyani Inche Kamarudin.
KOMEN