KUALA LUMPUR – Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diperuntukkan sebanyak RM6,635,680 untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat dengan musibah banjir.
Menterinya Senator Idris Ahmad berkata, agensi-agensi di bawahnya telah menggerakkan pasukan Skuad Musa’adah Agensi Agama untuk berkhidmat di semua kawasan terjejas di seluruh negeri yang terlibat dalam bencana tersebut.
Antara bantuan yang akan diterima oleh mangsa banjir adalah barangan asas dan keperluan segera, kit-kit ibadah, bekalan makanan kering dan basah, Food Bank dan makanan siap, penempatan tinggal sementara dan pelbagai lagi.
“Saya berharap bantuan yang diperuntukkan ini dapat membantu sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa tragedi dan akan pastikan bantuan ini segera sampai kepada yang memerlukan.
“Dari semasa ke semasa, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan melaporkan perkembangan semasa bantuan kepada mangsa banjir yang amat terkesan ketika ini,” dalam kenyataanya.
Berikut adalah perincian jumlah yang telah diperuntukkan oleh agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama):
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): RM550,000
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM): RM1,633,280
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) : RM1,000,000
Baitulmal MAIWP: RM750,000
Yayasan Taqwa Malaysia: RM500,000
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI): RM102,400
Tabung Haji : RM1,600,000
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM): RM500,000
— AlHijrah Online
KOMEN