KUALA MUDA – Bersempena Bulan Dakwah 2.0, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menganjurkan program YADIM Peduli: Musaadah Covid- 19 dengan menyantuni asnaf di Kampung Bukit Belah, Sungai Petani pada 2 Disember.
Sebanyak 15 kit makanan telah diedarkan kepada penerima kampung tersebut.
Penyerahan kepada penerima sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria dengan diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Bukit Belah, Ahmad Ismail.
Turut hadir Pengerusi Wanita Peladang Sungai Petani, Rosyati Abd Rahman dan wakil komuniti Kampung Bukit Belah, Zorani Ahmad.
KOMEN