JOHOR BAHRU – Sempena lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ke negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah dijemput mengadakan pengisian bagi tujuan itu.
Bertempat di Dewan Dato Oon, Jalan Datin Halimah di sini, YADIM Johor telah mengadakan slot bicara dakwah kepada 80 penerima sumbangan dalam program anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia pada 1 Disember.
Bicara dakwah selama 45 minit ini disampaikan oleh Ustaz Khirul Munantazar bin ismail.
Hadir mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Johor, Ustaz Muhamad Ammar Abdulah dan pegawainya.
KOMEN