KUALA LUMPUR – Kempen Kenali Rasullullah SAW 2021 dilancarkan di Masjid Negara pada 15 Oktober.
Ia merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP), Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), dan Masjid Negara.
Program ini memfokuskan dakwah untuk memperkenalkan Rasulullah SAW kepada masyarakat khasnya golongan bukan Islam dalam negara.
Menerusi program ini, ia turut mensasarkan dakwah kepada golongan bukan Islam di negara ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Tuan Haji Roslan Said mewakili Ketua Pengarah JAKIM.
YADIM diwakili oleh Pengarah Kanan Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim.
KOMEN