KUALA LANGAT – Setiap Jumaat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat tidak lupa mengadakan program Kongsi Rezeki mereka.
Terbaharu pada 15 Oktober, 15 keluarga anak yatim di Kampung Medan di sini menerima sumbangan makanan bermasak daripada SAY Kuala Langat.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.
SAY Kuala Langat mengucapkan terima kasih kepada pihak pihak yang berinfaq untuk program Kongsi Rezeki ini.
Program pada 15 Oktober ini ialah sebahagian pengisian program Bulan Dakwah SAY Kuala Langat.
KOMEN