Home » Citra Yadim » 18 keluarga terima makanan bermasak SAY Kuala Langat.

18 keluarga terima makanan bermasak SAY Kuala Langat.

JENJAROM – Anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin terus menjadi sasaran Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat untuk dibantu.

Program terbaharu menyantuni mereka ialah pada 23 Julai apabila serami 18 keluarga di sekitar kawasan ini, Sijangkang dan Kebun Bharu menerima sumbangan makanan bermasak daripada SAY Kuala Langat.

Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin menyampaikan sumbangan ini dengan dibantu ahli pasukan berkenaan.

Turut disampaikan ialah sedikit sumbangan wang tunai. Lebih banyak program seperti ini telah dirancang untuk diadakan oleh SAY Kuala Langat pada masa akan datang.

 

Artikel Berkaitan

Hormati Ijtihad Ulul Amri

PARA Ulama’ mempunyai peranan khusus mereka ketika memberi pandangan berdasarkan ilmu mereka, manakala para pemimpin Ulul Amri mempunyai kuasa membuat keputusan selepas

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *