Home » Citra Yadim » SAY Sungai Petani santuni keluarga di Taman Peruda

SAY Sungai Petani santuni keluarga di Taman Peruda

SUNGAI PETANI – Perintah Kawalan Pergerakan yang masih lagi dilaksanakan menyebabkan ramai penduduk yang terkesan perlu dibantu.

Bertindak atas situasi tersebut, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani pada 14 Julai menyantuni lima keluarga di Taman Peruda di sini.

Mereka menerima keperluan barangan dapur dan sedikit kudapan untuk sambutan Aidiladha antaranya kuih bahulu dan beras pulut.

Turun padang ke program ringkas ini ialah Pengerusi SAY Sungai Petani, Basor Harun dan Pengerusi kawasan Rukun Tetangga Taman Peruda, Rosli Saad.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *