MARANG – Seawal pagi pada 7 Mei, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Terengganu telah bergotong royong menyediakan dan memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk di sini.
Seramai 25 SAY terlibat dalam penyediaan 1,000 pek bubur lambuk ini.
Menariknya, bahan bahan ulam untuk bubur ini dicari dan dipetik sendiri oleh ahli SAY di hutan berdekatan.
Agihan di bandar Marang dilaksanakan selepas Asar oleh ahli SAY terbabit sambil dibantu oleh beberapa anggota polis.
Sebanyak 50 pek turut disumbangkan ke Balai Polis Marang sebagai menghargai pengorbanan mereka sebagai petugas barisan hadapan.
KOMEN