PUTRAJAYA – Usaha menyantuni masyarakat yang terkesan dengan Covid-19 diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (yYADIM) di Presint 9 di sini pada 7 Mei.
Kali ini, seramai 110 penduduk kawasan kejiranan ini yang dikenalpasti memerlukan menerima sumbangan kotak makanan daripada YADIM.
Pengerusi Persatuan Penduduk 5B,
Mohamad Aidil Abdul Rasid, menerima sumbangan tersebut mewakili para penduduk daripada Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam satu acara penyerahan ringkas di sini.
Program ini adalah sebahagian daripada pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).
KOMEN